Pertandingan Pemasaran Produk Usahawan Menggunakan Video
Colloseum Business Pitching
COLLOSEUM BUSINESS PITCHING
Serlahkan kreativiti dan idea keusahawanan anda dalam bentuk Video Pitching dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan!

Borang Penyertaan
Masukkan maklumat penyertaan anda
Terma & Syarat Penyertaan
KANDUNGAN VIDEO
- Kandungan video yang dihantar hendaklah berteraskan produk atau projek keusahawanan pelajar di Fakulti/Universiti pada waktu semasa atau dalam perancangan
- Penggunan bahasa di dalam video adalah terhad kepada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sahaja
- Penyertaan boleh menggunakan sebarang bentuk media (animasi, video, audio, multimedia, grafik, dll) bagi penghasilan video ini
- Kandungan yang mengandungi unsur-unsur perkauman, lucah, politik serta berbaur hasutan tidak dibenarkan sama sekali
SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN
- Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua pelajar di Universiti Malaysia Kelantan yang menjalankan perniagaan
- Penyertaan boleh secara individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang satu kumpulan)
- Peserta hendaklah menyediakan video mengenai perniagaan mereka berdurasi antara 2 minit sehingga 4 minit (termasuk pitching)
- Peserta wajib berdaftar dengan Syarikat Siswa Universiti (SSU). Sekiranya belum, anda boleh mendaftar syarikat anda di pautan berikut, http://smis.umk.edu.my
- Penataan bunyi dan gambar serta persembahan multimedia hendaklah jelas dan nyata
- Video hendaklah disediakan dalam format 1280 x 720 (720p @SD) atau 1920 x 1080 (1080HD)
- Klip video dan audio hendaklah tidak melanggar akta hakcipta penerbit lain
- Peserta perlu memuatnaik video ke halaman media sosial sendiri sendiri Youtube, Facebook, Vimeo, Instagram, Twitter atau mana-mana laman web yang membenarkan video streaming.
- Link video mestilah boleh dimuat turun dan boleh dikongsi bagi membolehkan pihak UMKEI/CEED menggunapakai untuk promosi dan tayangan semula
PENILAIAN PERTANDINGAN
- Panel dari Universiti Malaysia Kelantan dan pakar luar akan dilantik untuk menilai elemen-elemen berikut:
- Kualiti Kandungan dan Pitching
- Gaya dan Persembahan
- Kreativiti dan Pengolahan Video
- Penyampaian Maklumat
- Video yang melanggar kriteria sebagaimana dinyatakan dalan SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN masih akan dinilai oleh juri tetapi akan dikenakan penalti penolakan markah keseluruhan
- Keputusan pihak juri adalah muktamad
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
5 DISEMBER 2020