Pertandingan Pemasaran Produk Usahawan Menggunakan Video
#1minutemarketing Video Challenge
ENTREPRENEUR BUSINESS MARKETING VIDEO CHALLENGE
Serlahkan kreativiti dan idea keusahawanan anda dalam bentuk video dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan!

Borang Penyertaan
Masukkan maklumat penyertaan anda
Terma & Syarat Penyertaan
KANDUNGAN VIDEO
- Kandungan video yang dihantar hendaklah berteraskan produk atau projek keusahawanan pelajar di Fakulti/Universiti pada waktu semasa
- Penggunan bahasa di dalam video adalah terhad kepada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sahaja
- Penyertaan boleh menggunakan sebarang bentuk media (animasi, video, audio, multimedia, grafik, dll) bagi penghasilan video ini
- Kandungan yang mengandungi unsur-unsur perkauman, lucah, politik serta berbaur hasutan tidak dibenarkan sama sekali
SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN
- Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua pelajar di Universiti Awam di Malaysia yang menjalankan perniagaan
- Setiap Universiti Awam dibenarkan menghantar satu penyertaan yang telah dipersetujui oleh Pusat Keusahawanan masing-masing
- Peserta hendaklah menyediakan video mengenai perniagaan mereka berdurasi tidak lebih 60 saat atau 1 minit
- Penataan bunyi dan gambar serta persembahan multimedia hendaklah jelas dan nyata
- Video hendaklah disediakan dalam format 1280 x 720 (720p) atau 1920 x 1080 (1080HD)
- Klip video dan audio hendaklah tidak melanggar akta hakcipta penerbit lain
- Peserta perlu memuatnaik video ke halaman media sosial sendiri sendiri Youtube, Facebook, Vimeo, Instagram, Twitter atau mana-mana laman web yang membenarkan video streaming.
- Link video mestilah boleh dimuat turun dan boleh dikongsi bagi membolehkan pihak UMK menggunapakai untuk promosi dan tayangan semula
PENILAIAN PERTANDINGAN
- Tanda suka (like) yang paling banyak adalah salah satu kriteria dikira sebagai pemenang
- Panel dari Universiti Malaysia Kelantan dan pakar luar akan dilantik untuk menilai elemen-elemen berikut:
- Kualiti kandungan
- Persembahan
- Kreativiti
- Keaslian
- Video yang melanggar kriteria sebagaimana dinyatakan dalan SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN masih akan dinilai oleh juri tetapi akan dikenakan penalti penolakan markah keseluruhan
- Keputusan pihak juri adalah muktamad
HADIAH
- Tempat Pertama – RM500 dan Sijil Penyertaan
- Tempat Kedua – RM300 dan Sijil Penyertaan
- Tempat Ketiga – RM200 dan Sijil Penyertaan
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
28 APRIL 2020