Edu-Video For Entrepreneurs

Creative Entrepreneurship Education Challenge

CREATIVE ENTREPRENEURSHIP EDUCATION CHALLENGE

Serlahkan kreativiti dan idea keusahawanan anda dalam bentuk video dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan!

Borang Penyertaan

Masukkan maklumat penyertaan anda

Terma & Syarat Penyertaan


KANDUNGAN VIDEO

  1. Kandungan video yang dihantar hendaklah berteraskan produk atau projek keusahawanan pelajar di Fakulti/Universiti pada waktu semasa
  2. Penggunan bahasa di dalam video adalah terhad kepada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sahaja
  3. Penyertaan boleh menggunakan sebarang bentuk media (animasi, video, audio, multimedia, grafik, dll) bagi penghasilan video ini
  4. Kandungan yang mengandungi unsur-unsur perkauman, lucah, politik serta berbaur hasutan tidak dibenarkan sama sekali

SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN

  1. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua pelajar di Universiti Awam di Malaysia yang menjalankan perniagaan
  2. Setiap Universiti Awam dibenarkan menghantar satu penyertaan yang telah dipersetujui oleh Pusat Keusahawanan masing-masing
  3. Peserta hendaklah menyediakan video mengenai perniagaan mereka berdurasi tidak lebih 60 saat atau 1 minit
  4. Penataan bunyi dan gambar serta persembahan multimedia hendaklah jelas dan nyata
  5. Video hendaklah disediakan dalam format 1280 x 720 (720p) atau 1920 x 1080 (1080HD)
  6. Klip video dan audio hendaklah tidak melanggar akta hakcipta penerbit lain
  7. Peserta perlu memuatnaik video ke halaman media sosial sendiri sendiri Youtube, Facebook, Vimeo, Instagram, Twitter atau mana-mana laman web yang membenarkan video streaming.
  8. Link video mestilah boleh dimuat turun dan boleh dikongsi bagi membolehkan pihak UMK menggunapakai untuk promosi dan tayangan semula

PENILAIAN PERTANDINGAN

  1. Tanda suka (like) yang paling banyak adalah salah satu kriteria dikira sebagai pemenang
  2. Panel dari Universiti Malaysia Kelantan dan pakar luar akan dilantik untuk menilai elemen-elemen berikut:
    • Kualiti kandungan
    • Persembahan
    • Kreativiti
    • Keaslian
  3. Video yang melanggar kriteria sebagaimana dinyatakan dalan SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN masih akan dinilai oleh juri tetapi akan dikenakan penalti penolakan markah keseluruhan
  4. Keputusan pihak juri adalah muktamad

HADIAH

  • Tempat Pertama – RM500 dan Sijil Penyertaan
  • Tempat Kedua – RM300 dan Sijil Penyertaan
  • Tempat Ketiga – RM200 dan Sijil Penyertaan

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
15 MEI 2020

X
X
X
X