Pertandingan Pemasaran Produk Usahawan Menggunakan Video

Colloseum Business Pitching

COLLOSEUM BUSINESS PITCHING

Serlahkan kreativiti dan idea keusahawanan anda dalam bentuk Video Pitching dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan!

Borang Penyertaan

Masukkan maklumat penyertaan anda

Terma & Syarat Penyertaan


KANDUNGAN VIDEO

  1. Kandungan video yang dihantar hendaklah berteraskan produk atau projek keusahawanan pelajar di Fakulti/Universiti pada waktu semasa atau dalam perancangan
  2. Penggunan bahasa di dalam video adalah terhad kepada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sahaja
  3. Penyertaan boleh menggunakan sebarang bentuk media (animasi, video, audio, multimedia, grafik, dll) bagi penghasilan video ini
  4. Kandungan yang mengandungi unsur-unsur perkauman, lucah, politik serta berbaur hasutan tidak dibenarkan sama sekali

SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN

  1. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua pelajar di Universiti Malaysia Kelantan yang menjalankan perniagaan
  2. Penyertaan boleh secara individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang satu kumpulan)
  3. Peserta hendaklah menyediakan video mengenai perniagaan mereka berdurasi antara 2 minit sehingga 4 minit (termasuk pitching)
  4. Peserta wajib berdaftar dengan Syarikat Siswa Universiti (SSU). Sekiranya belum, anda boleh mendaftar syarikat anda di pautan berikut, http://smis.umk.edu.my
  5. Penataan bunyi dan gambar serta persembahan multimedia hendaklah jelas dan nyata
  6. Video hendaklah disediakan dalam format 1280 x 720 (720p @SD) atau 1920 x 1080 (1080HD)
  7. Klip video dan audio hendaklah tidak melanggar akta hakcipta penerbit lain
  8. Peserta perlu memuatnaik video ke halaman media sosial sendiri sendiri Youtube, Facebook, Vimeo, Instagram, Twitter atau mana-mana laman web yang membenarkan video streaming.
  9. Link video mestilah boleh dimuat turun dan boleh dikongsi bagi membolehkan pihak UMKEI/CEED menggunapakai untuk promosi dan tayangan semula

PENILAIAN PERTANDINGAN

  1. Panel dari Universiti Malaysia Kelantan dan pakar luar akan dilantik untuk menilai elemen-elemen berikut:
    • Kualiti Kandungan dan Pitching
    • Gaya dan Persembahan
    • Kreativiti dan Pengolahan Video
    • Penyampaian Maklumat
  2. Video yang melanggar kriteria sebagaimana dinyatakan dalan SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN masih akan dinilai oleh juri tetapi akan dikenakan penalti penolakan markah keseluruhan
  3. Keputusan pihak juri adalah muktamad

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
5 DISEMBER 2020

X
X
X
X